Zinc Complex




"Anak Ceria Ibu Bahagia"
Perbezaan Shaklee :
Dirumus dari zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah untuk diserap oleh tubuh kita.zinc sesuai untuk pengambilan jangka panjang. Ianya berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum dari tubuh.


Manfaat Utama :
  • Mengaktifkan 200 jenis enzim – zinc berkebolehan menggabung DNA, RNA dan protein, seterusnya merangsang regenerasi sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim didalam tubuh kita untuk memelihara metabolism gigi dan pertumbuhan para remaja.
  • Membentuk kolagen –membantu pembentukkan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.
  • Memperbaiki diabetes –membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes.
  • Bintik putih di kuku – bintik putih dikuku adalah tanda defisiensizinc, yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat,pembengkakan prostat, anemia, lemah ingatan atau hilang daya penglihatan.
  • Mempertingkatkan sisten imun – membantu pengeluaran kelenjar thymus. Kelenjar thymus mempertingkatkan sistem imun dengan pengeluaran T-cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi penyakit.
  • Memepercepatkan pemulihan luka – mempercepatkan pemullihan luka dalamandan luaran,pemulihan selepas pembedahan, membaiki alergi dan bintik dikulit. Hancurkan zinc dan tabur kertas luka untuk mempercepatkan pemulihan luka.
  • Memperbaiki masalah prostat – melidungi kesihat prostat, memperbaiki dan menyembuh benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing. Kajian menunjukkan pengambila  harian zinc dapat mengurangkan prostatomegaly/pembengkakan prostat dalam kadar 70%.
  • Kemampuan seks lelaki –pengambilan zinc untuk jangka panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan keadaan sperma. Zinc yang secukupnya penting untk keupayaan seks yang bertenaga.
  • Ovulasi wanita – wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus menegmbalikan daya ketahannya.
  • Memperbaiki radang kulit –kajian menunjukkan pengambilan zinc sebanyak 4-8 tablet akan memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat.
  • Mengekalkan deria bau –untuk mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitive (rasa dan bau).


Zinc adalah suatu khazanah lelaki

 Zinc di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain. Zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Defisiensi yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, impoten, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotang fungsi seksual, penuan pra matang dan gugur rambut. Oleh yang demikian, zinc amat diperlukan dari remaja hingga ke umur tua.

Cadangan :

Untuk pemeliharaan kesihatan dan waktu tumbesaran : 2 kali sehari, 1 tablet setiap kali (lepas makan )
Untuk melawan kanser, mempertingkatkan sistem imun dan fungsi seksual : 2 kali sehari, 2 tablet setiap kali.


Continue Reading

Vita E Complex



"Anak Ceria Ibu Bahagia"

Perbezaan Shaklee :
Dibuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum, kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopherol  yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta,gamma, delta). Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap dipasaran. Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membrane sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu oto. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, cadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.


Manfaat utama :
  • Melindungi jantung – pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat ; melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid; meningkatkan kolestrol HDL; mengurangkan tekanan darah; menghalang platelet darah melekat kedinding arteri; menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dan lain-lain.
  • Mempertingkatkan kemampuan Reproduktif – Kajian pada tahun 1924, mendapati  vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU-800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.
  • Anti-Penuaan – 1 kapsul vitamin E sehari membantu melmbatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya hanya mampu memulihkan tesktur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.
  • Anti-Oksidan yang kuat – pengambilan dari 1,200IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakkan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi-katarak dan masalah penglihatan
  • Kelestarian tenaga- meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksijen yang lebih.
  • Memperbaiki Arthritis – meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi.
  • Menghalang keguguran – merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopaus seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin, keguguran.
  • Memperbaiki parut – Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.



Nota : Pakar Nutrisi mencadangkan pengambilan ACE(beta carotene, Vitamin C & E) bersama-sama untuk menggandakan kesan anti-oksida dalam melawan radikal bebas.







Adakah anda Mengambil Vitamin E dengan cukup ?

Untuk  400IU vitamin E, seseorang perlu mengambil makanan berikut untuk sel-sel sihat melawan radikal bebas : 1kg biji gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam, 500g badam.

Adakah vitamin E selamat ?

Di dalam buku “Prescription for Longevity” yang ditulis oleh Dr.James Scala terdapat diskusi mengenai keselamatan vitamin E dengan terperinci. Secara global, terdapat lebih dari 1000 laporan berkenaan keberkesanan dan keselamatan vitamin E. Kajian bertahun-tahun oleh University Havard keatas kedua-dua lelaki dan wanita membuktikan vitamin E mampu mengurangkan risiko penyakit jantung hamper 41% and strok dengan 33%. Kajian juga membuat kesimpulan dos selamat adalah 3,200IU.

Cadangan :

Untuk memelihara kesihatan : 1 kapsul sehari ( selepas makan)
Untuk anti-penuaan dan sistem reproduktif : 2 kali sehari, 1 kapsul setiap kali
Menentang kanser dan mengurangkan parut : 2 kali sehari, 2 kapsul setiap kali
Vitamin E (alpha, beta, gamma, delta). Ianya adalah vitamin E terlengkap di pasaran.

Continue Reading

Sustained Release Vita C 500mg

"Anak Ceria Ibu Bahagia"


Perbezaan Shaklee :
“Sains pembebasan berterusan secara semuladi” itamin C telah direka oleh Shaklee. Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut kedalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C didalam 2 tablet Vitamin Shaklee (didalam jurang masa 5 jam) mampu kekal didalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi  120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) ang juga dikenali sebagai VitaminC Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C didalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

Manfaat utama :
  • Melegakan Kolagen –Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan – Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun –Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan symptom flu dan selesema.
  • Memerangi Kanser – Ia adalah satu-satunya anti-oksidan ang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan, ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.
  • Mencantikkan Kulit – Ambil vitamin C  setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukkan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  • Memperbaiki Insomnia – Ia memperbaiki insomnia, stress masalah berkaitan mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan Kolestrol Sihat – Ianya mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus , menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.





Amaran
1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin C. Keresahan akan mempercepatkan penyusutan vitamin C. Kontraseptif dan pil penahan sakit akan menyusutkan vitamin C  yang banyak . Terlenih dos vitamin C (melebihi 12 kapsul) akan menyebabkan sedikit cirit-birit.
Adakah anda Tahu ?
Haiwan menghasilkan vitamin C mereka sendiri, arnab mampu menghasilkan 18,000mg (18g) vitamin C sedangkan manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C. Tambahan pula, vitamin C larut airdan akan hilang berterusan dari tubuh kita. Oleh yang demikian, adalah perlu untuk kita mengambil vitamin C setiap hari. Vitamin C tidak memberi kesan toksik.
Kajian dari Dr.James Scala telah menunjukkan, adalah selamat untuk mengambil 5,000mg (10 tablets) hingga 10,000mg (20 tablets) vitamin C sehari. Dr. Pauling, yang menemui vitamin C, mengambil 18g (18,000mg) sehari dan beliau adalah sihat secara fizikal pada umur 94 tahun.
Vitamin C yang memadai dari Buah ?
Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ramun. Oleh yang demikian, buah yang tidak ranum mengandungi kandungan vitamin C yang sedikit. Kandungan vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.
Cadangan :
Untuk pemeliharaan kesihatan : 2 kali setiap hari, 2 tablet setiap kali (selepas makan)
Untuk melawan kanser, influenza, penyembuhan penyakit : 3 kali sehari, 2 tablet setiap kali
Continue Reading

SHAKLEE COLLAGEN POWDER

"Anak Ceria Ibu Bahagia"

Perbezaan collagen powder adalah supplemen kolagen yang unggul, mengandungi  4,000 mg Kolagen RSS (sisik ikan merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi  yang diekstrak dari sisik Ikan Merah. Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar  1,000 Dalton (berat mulekular kolagen disukat dalam Dalton) amat mudah diserap dalam tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis yang berkesan.
Tujuh ramuan utama termasuk ekstrak biji Camelia japonica, kolagen ikan, ekstrak kekerang, Lactobacillus acidophilus, Vitamin C and Vitamin B, digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luar.
Manfaat utama :
·         Semakin kita menua, tubuh kita menghasilkan semakin kurang dan semakin kurang kolagen, mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis lurus, disamping kulit yang semakin kendur. Umur bukanlah hanya satu faktor yang menyebabkan kekurangan kolagen didalam tubuh kita. Kerosakkan kolagen juga boleh dipercepatkan dengan faktor luaran seperti matahari, radikal bebas diudara, air dan nutrisi, merokok dan lain-lain. Justeru itu, Shaklee Collagen Powder mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut-kedut.
·         Tampak lebih muda.
o   Kolagen juga bermanfaat dalam membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula.
o   Kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat.
o   Kulit akan kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik. Kulit juga akan sembuh dengan cepat dan ini akan membantu mengurangkan parut.
o   Membantu menghilangkan tanda penuaan. Dalam kes saya, tanda penuaan dibelakang tangan saya telah hamper hilang.
·         Rasa lebih muda.
o   Kolagen adalah sama penting untuk tulang seperti juga tulang perlukan kalsium. Kolagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinannya menjadi rapuh.
o   Kolagen juga membantu mengurangkan kesakitan dan geseran disendi-sendi.
o   Baik untuk mata. Kornea memerlukan kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal.
o   Memastikan otak sentiasa sihat. Sel glya membekalkan nutrisi kepada otak dan ini disokong oleh kolagen. Adalah penting untuk menentukan agar otak anda mendapat manfaat kolagen agar minda anda tetap berkeadaan baik semakin anda menua.




Fungsi Ramuan Utama

Kolagen dari sisik Ikan Merah.
Sisik Ikan Merah adalah sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan.
Ekstrak biji Camelia japonica.
Biji Camelia japonica terdiri daripada asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat, dan isoflavon antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.
Ekstrak Pfaffia.
Pfaffia  yang juga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camilla japonica, membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak, asid hyaluronic  memainkan peranan yang penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.
Elastin from kolagen ikan.
Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastic.
Vitamin C and Vitamin B
Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita.
Vitamin B turut serta dalam metabolima karbohidra, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen didalam  sel.
Ekstrak kekerang .
Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting didalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir pada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.
Lactobacillus acidophilus.
Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.
Continue Reading

Performance Maximum



"Anak Ceria Ibu Bahagia"
Perbezaan Shaklee :
Pertama kali dihasilkan pada 1980-an oleh saintis Shaklee dan Universiti Yale bagi membantu projek penerbangan Daedalus (human-powered flight programme). Performance merupakan minuman sukan pertama bagi para atlet di Amerika Syarikat. Melalui perkasaan produk Performance dari Shaklee penerbangan Daedalus telah mencipta rekod sejarah sebagai penerbangan berkuasa manusia yang terjauh iaitu 72 batu dan rekod ini masih bertahan hingga kini.
Performance juga telah direka khusus untuk para angkasawan NASA, Amerika Syarikat. Para atlet bertaraf antarabangsa dan pengembara terkemuka memilih Performance sebagai pilihan utama mereka. Kerana, minuman ini telah banyak membantu mereka dalam mencipta rekod dunia sukan mahupun aktiviti pengembaraan.
Ujian klinikal membuktikan rumusan ekslusif OptiCarb yang sudah dipatenkan ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh. Berbanding dengan minuman sukan yang lain, Performance mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.
Manfaat Utama:
  • Meningkatkan Daya Ketahanan Badan – Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.
  • Membekal Tenaga & Daya Ketahanan Fizikal – Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride. Produk ini turut dirumus ekslusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetapkan kawasan tropika dan mereka yang aktif dalam kerja seharian.
  • Mencegah Penyahhidratan – Mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan, melembabkan kulit dan kelihatan muda.
  • Mengekalkan Paras Gula – Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan  sembuhan akibat kecederaan otot.

Satu hidangan yang lazat untuk diminum pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Enak diminum begitu sahaja atau dicampur bersama minuman lain.
Sangat sesuai untuk:  para atlet, mereka yang berpuasa, sebelum dan selepas pembedahan, tidur lewat malam, Athletes, fasting  therapy, pre and post surgery, late night sleep, keletihan, penyahhidratan otot dan kulit, vagina yang kering, cirit-birit, tiada selera makan, rendah paras gula, kepeningan dan sebagainya.


Rekomendasi :
Sarapan : campurkan satu sudu setiap Performance, Energizing Soy Protein dan Meal Shake
Latihan fizikal :  campurkan dua sudu besar dalam 500ml air dan minum satu jam sebelum                       memulakan latihan fizikal dan setiap 30 minit sewaktu latihan fizikal. Minum satu jam kemudian selepas latihan fizikal untuk penyahhidratan dan mengembalikan tenaga.
Nota : Elakkan dari terdedah ( simpan di dalam peti sejuk selepas buka)
Continue Reading

Peppermint – Ginger Plus




"Anak Ceria Ibu Bahagia"
Perbezaan Shaklee :
Kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur, dan dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini.
Secara klinikal sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastric, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.
Manfaat utama :

  • Pudina  : Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang. Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan kesakitan  gastrik, pedih hulu hati dan cirit- birit. Selain itu, ia melegakan  kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kemoterapi. Pudina merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema. Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap focus.
  • Halia : Masyarakat cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun. Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang). Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita, penyelidik di Switzerland mendapati halia adalah berkesan sebagai remedi lain seperti merawat mabuk laut. Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam merawat/mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan/pengembaraan.
  • Pokok Adas (fennal) : Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. Juga, ia dapat membantu dalam masah alergi pada saluran usus.
  • Cekur Manis (anise) : Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.

Rekomendasi  :
Membantu penghadaman  :  3 biji selepas makan
Mencuci usus dan perut  :  larutkan 3 biji Peppermint Ginger dan 10 biji alfalfa di dalam air panas suam untuk diminum
Merawat sakit atau masalah gastrik,nausea,batuk : 3-5 biji dilarutkan dalam air panas menjadi the herba
Kelegaan tekak,batuk,sendawa  :  hisap 2 biji

Continue Reading

OsteMatrix




"Anak Ceria Ibu Bahagia"


Perbezaan Shaklee :

Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapan adalah 99%. Fomulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, , fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

Manfaat utama :
  • Menguatkan tulang – kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvlusi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk melekat.
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas –pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis.
  • Meringankan stress – ianya mengimbangi tekanan darah; memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa; memperbaiki jantung berdebar; gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
  • Memperbaiki masalah haid – kajian menunjukkan dengan pengambilan 1,000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
  • Pengalkalian tubuh – kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi.
  • Memperbaiki hiperaktiviti  perut dan sakit gastrik
  • Vitamin D – dinamakan sebagai vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian yang kurang terdedah  pada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kaank-kanak perlu mengambil supplemen vitamin D.


Magnesium : Ini adalah ion positif no.2 penting di dalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit.Jantung memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus; menghalang endapan kalsium; melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.
Zinc, boron, manganes, kumprum : memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan, dan menghalang arttitis.


Bagaimana memilih kalsium premium ?
Pilih produk yang ada vitamin D dan magnesium
Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum.
Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.
Cadangan :
Untuk pemeliharaan kesihatan : 2 kali sehari, 2 tablet setiap kali (lepas makan)
Untuk masalah haid,kehamilan,stress,kekejangan dan kebas-kebas : 2 kali sehari, 3 tablet setiap kali
Untuk tulang retak, osteoporosis : 3 kali sehari, 4 tablet setiap kali.
Continue Reading

OMEGA GUARD

"Anak Ceria Ibu Bahagia"


Kelebihan Shaklee :
Minyak ikan terbaik didunia.
Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardine,mackerel,herring,anchovies) di perairan negara Jepun. Ia buka dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega dipasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid- lemak omega -3 EPA dan HAD.
Kebanyakan pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrient, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. Shaklee menggunakan kaedah ultaratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan- berbahaya seperti plumbum, merkuri,arsenic, kadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl – merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik).

Manfaat utama :
  • Asid lemak – omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tak dapat dihasilkan olleh badan kita, oleh itu, kita perlu mengambilnyadari makanan. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca adropos. Ia juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormone wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.
  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok – DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah, dan peredaran darah yang lancer. Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolestrol, menghindar pembukuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal masalah obesiti , mencegah arteriosclerosis, myocardial infraction, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu tumbesaran &perkembangan otak janin dan bantu perkembangan memori – DHA adalah nutrient utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan  DHA yang tingg. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migraine. Satu hidangan Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-asid lemak omega-3 EPA dan DHA.
  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru – mengawal sistem imun seperti membaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.
  • Menentang kanser – kajian telah menunjukkan bahawa Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pancreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih effektif.
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis) – paras asid lemak Omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu, ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan effective.
  • Mencegah Insomnia dan membantu mengurangkan tekanan – kajian telah membutktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrena.


American Public Health Association mengesyorkan makan ikan air laut dalam sekurang-kurangnya saiz kad permainan (playing cards) sebanyak dua kali seminggu yang mengandungi paras asid lemak Omega-3. Ia membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 44%.

Kenapa ikan laut air dalam ?
Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika, pemenang Nobel Price, telah menemui satu rahsia :
Penduduk Eskimo yang hidup dalam persekitaran yang berbeza mempunyai tahap kesihatan yang berbeza.
Orang Eskimo yang hidup di Greenland, Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghidapi masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi, dan kencing manis. Manakala, kaum Eskimo yang menetap di Amerika Utara, yang bekerja sebagai pemburu, dan makanan utama mereka ialah daging yang mengandungi banyak kolestrol, menghadapi banyak masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung.
Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk menujukkan : ikan dari air mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi, iaitu EPA dan HAD yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan patlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.

Sendawa bau hanyir ikan ?
Hanya sebahagian kecil yang sendawa hanyir ikan selepas mengambil minyak ikan, di sarankan untuk mengambil minyak ikan sebelum makan atau bila perut kosong.
Siapakah yang patut mengambil minyak ikan ?
Minyak ikan melincirkan saluran darah dan berkemampuan untuk mencairkan darah untuk pengaliran darah yang lancer dan melambatkan kepekatan darah. Oleh sebab itu, pesakit yang akan melakukan pembedahan dan perempuan yang hamil yang sudah hamper bersalin tidak digalakkan untuk mengambil minyak ikan.

Cadangan :
Untuk penjagaan kesihatan : 2 kali sehari, 2 hingga 4 kapsul (sebelum atau sesudah makan)
Untuk sakit tulang, kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi : 2 kali sehari, 2 kapsul setiap kali.

Continue Reading

Meal Shakes


"Anak Ceria Ibu Bahagia"


Perbezaan Shaklee :
Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya muda diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi – buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa. Kebiasaannya, ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.
Meal Shakes Shaklee dihasilkan untuk semua golongan – bayi, pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran (vegetarian), orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera. Jika anda mencari sarapan pagi yang penuh berkhasiat, Meal Shakes Shaklee merupakan pilihan bijak.

Manfaat utama :
  • Nutrisi Lengkap – Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.
  • Membekal Nutrisi kepada Sel Tubuh– kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
  • Membantu Tumbesaran – mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.
  • Anti-Oksida – Mengandungi  vitamin A,C,E,zink,selenium yang merupakan agen anti-oksidayang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
  • Mengembalikan Seri Wajah – Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.
  • Detoksifikasi – Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
  • Kelazatan  Rasanya – Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi , penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.


Rekomendasi :
Campurkan 2 sudu besar Meal Shakers bersama Energizing Soy Proteindan performance (perut kosong) atau diminum begitu sahaja tanpa campuran.
Nota : hanya 120 kalori untuk setiap hidangan. Boleh dicampur/dikisar bersama buah-buahan, Shaklee Energizing Soy Protein  atau apa sahaja jenis minuman kegemaran. Lazat dinikmati dalam air sejuk  mahupun panas.
Continue Reading

Lecithin


"Anak Ceria Ibu Bahagia"
Diekstrak dari kacang soya organic bukan-MGO, setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus, dan lemak tak tepu.

Manfaat utama :
  • Menyerap vitamin yang larut-lemak – membantu tubuh dalam meyerap vitamin A,D,E dan K yang larut lemak.
  • Melindungi hati –menghalang enapan lemak dihati, sirosis hati dan hati berlemak. Juga membantu memulihkan kesihatan hati.
  • Pemecahan lemak dan kolestrol – lecithin bertindik sebagai “pembersih” salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid didalam tubuh.
  • Pelangsingan – mengahalang obesiti. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.
  • Mencantikkan otot dan kulit – membetuk membrane sel, melembabkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.
  • Memperbaiki alergi – menghalang platelet darah dari mengaktifkan  tisu gegelung didalam salur darah, seterusnya mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit – dermatitis, demam alergi.
  • Menghalang kejadian batu karang – 90% dari batu karang terjadi dari kolestrol, lecithin mengemulsi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.
  • Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress – mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf cranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang  Alzheirmer dan meringankan stress. Wanita hamil harus mengambil jumlah lecithin yang secukupnya untuk pembesaran sihat janin.
  • Menghalang tekanan darah tinggi – memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah.
  • Memperbaiki prostat lelaki – kajian telah membuktikan masalah prostat dan uretha lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti lecithin yang banyak.
  • Meringankan sembelit –lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin didalam usus.


Cadangan :
Untuk pemeliharaan kesihatan : 2 kali sehari, 3 kapsul setiap kali ( sebelum atau selepas makan)
Untuk pelangsingan, tekanan darah tinggi, pemecahan lemak : 2-3 kali sehari, 6 kapsul setiap kali (sebelum atau selepas makan )
Continue Reading

GLA Complex



"Anak Ceria Ibu Bahagia"


Perbezaan Shaklee :
Kebanyakkan GLA (gamma-linolenic acid) tersedia dipasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi biovailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organic dikawasan Saskatchewan.
Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya di gabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan. Biovailabilitinya dibuktikan secara klinikal dimana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.
SUMBER ASLI GLA

The most concentrated natural GLA is from borage-seed
Shaklee GLA Complex ----- the most natural, the most effective natural ingredients
  1.  Borage ------ 17% - 25%
  2. Blackcurrant ------- 15% - 20%
  3. EPO ------------ 7% -10%

Manfaat utama :
  • Herba tradisi yang dipercayai – borage adalah herba kegemaran orang Barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.
  • Mengawal selia estrogen dan testosteron – GLA membentuk prostaglandinuntuk mengawal selia hormone lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, rentesi air dan sakit payudara.
  • Melambatkan menopaus – memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.
  • Memperbaiki prostatomegaly- GLA memperbaiki masala prostat lelaki dan masalah kerap kencing.
  • Menentang kanser- GLA anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel humor dan kanser.
  • Memperbaiki inflasi kulit – ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap. Ianya juga meringankan sakita dan bengkak yang terjadi dari rheumatism, arthritis.
  • Menghalang komplikasi diabetes – merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.
  • Pelangsingan dang menghalang tambah berat badan – merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hiper.
  • Menghalang tekanan darah tinggi – menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infraction.
  • Memperbaiki tesktur rambut – memperbaiki rambut kering dan rambut gugur.
  • Hiperaktif dan autism (ADD/ADHD) – dibukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.



Cadangan :
Untuk pemeliharaan kesihatan : 2 kali sehari, 1 kapsul setiap kali (lepas makan)
Untuk menopaus, pelangsingan, hiperaktif : 2 kali sehari, 2 kapsul setiap kali (lepas makan)

GLA bukan sahaja untuk wanita
Ramai orang bersalah anggapan bahawa GLA hanyalah untuk wanita. Sebenarnya, supplemen GLA asid linoliek yang sama penting seperti asid amino tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya hanya diperolehi dari makanan. Sangat penting untuk kanak-kanak (potong gel lembut dan campurkan isinya dengan makanan), remaja, dewasa, dan juga selepas menopaus dan andropause (menopaus lelaki)

Continue Reading

Garlic

"Anak Ceria Ibu Bahagia"

Perbezaan Shaklee :
Dibuat daripada bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas.
Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual dipasan mengandungi Allicin aktif). Dwiteknologi digunakan untuk mengawasi bau garlic. Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombonasi 2 ekstrak herba ( Rosemary and spearmint). Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesannya di dalam tubuh kita. Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas garlic segar.


Manfaat utama :  
  • Mengandungi spearmint – Mempertingkatkan sistem penghadaman, fungsi jantung.
  • Antibiotik yang selamat dan semulajadi – Garlic antibiotik semulajadi. Ianya selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
  •  Menghalang alergi – mempertingkatkan penyakit berkait sistem imun seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema, hepatitis.
  • Meningkatkan sistem penghadaman – formula uniknya mampu mempertingkatkan masalah berkaitan penghadaman dengan sperti kembung perut, gastric, ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bakteria H. Pylori bakteria dan menghalang ulser gastrik.
  • Memoderatkan tekanan darah tinggi - kajian menujukkan pengambilan 2-4 tablet garlic akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point.
  • Detoksifikasi – garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, Plumbum dan Kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Tambahan lagi, garlic mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dari logam dan menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia.
  • Menurunkan kolestrol –menurunkan kolestrol, LDR, trigliseriddan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah; meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit kronori.
  • Mencegah kanser – membantu dan mengelak melawan kanser dengan mengurangkan bahan pencetusan kejadian kanser- Nitrosmine.
  • Menstabilkan glukos –menolong menstabilkan glukos didalam tubuh kita.



Asal bau garlic ?

Garlic mengandungi pelbagai jenis komposit fisiologi yang terdiri dari bahan sulfat untuk menentang bahan anti-oksidan dan anti-kanser. Inilah asal bau garlic.

Cadangan :
Untuk pemeliharaan kesihatan ; tablet sehari (selepas makan).
Untuk radang dan alergi : 2 kali sehar, 2 tablet setiap kali.
Untuk kanser, darah tinggi dan hyperlipidemia : 2-3 kali sehari, 2 tablet setiap kali.



Continue Reading

DTX COMPLEX



"Anak Ceria Ibu Bahagia"
Perbezaan Shaklee :
Kajian menujukkan bahawa kandungan utama di dalam Shaklee DTX Complex, ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi membantu menjana sel-sel hati. DTX Complex mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok tisel yang menghasilkan 80% silymarin. Ia turut mengandungi bahan- bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik, ekstrak daripada Schizandra dan cendawan Reishi (herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit, dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu).

Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula. Contohnya, serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung. Tetapi, serangan kepada hati akibat pengambilan alkohol berlebihan boleh merosakkan hati.  Namun, hati mampu membaiki organnya sendiri. Hati boleh dianggap sebagai INDUSTRI PEMPROSESAN dalam tubuh manusia, menjalankan fungsi-fungsi kritikal untuk membaiki dan  

Fungsi Hati :
Rembasan Hempedu
Cecair rembasan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman. Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak, ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule). Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak,A,D,E,F,K , dan membantu mengasimilasikan kalsium. Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada vitamin A.

Bertindak Sebagai Detoksifikasi
Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati. Hati mengawal metabolism protein. Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik. Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang. Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul.

Mengawal Paras Gula dalam Darah
Dengan menukarkan tiroksima – hormon tirod, ke dalam bentuk yang lebih aktif. Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme. Hati mewujudkan GTF (faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation. GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul. Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga. Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin, dan insulin.

Penting dalam Metabolisma Lemak.
Penting di dalam sintesis asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan phospholipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga. Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudiaan diangkut ke tisu lemak badan untuk menyimpan.

Continue Reading

DTX COMPLEX

Continue Reading

Cinch Energy Tea Mix


"Anak Ceria Ibu Bahagia"

Perbezaan Shaklee :
·         Selamat, penggalak tenaga semulajadi
·         Ditambah dengan taurina – meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
·         Pilihan alternatif terbaik menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh.
·         Tanpa gluten, tiada perisa tiruan, pewarna dan bahan pemanis

Eksklusif T-Lift  - Campuran Teh di dalam Shaklee Cinch Energy Tea Mix
        Matcha Grean Tea Powder
Disediakan secara semulajadi untuk menyimpan semua nutrien yang terdapat dalam daun the termasuk serat, mineral dan antioksidan.

  • Red Tea Extract

Salah satu antioksidan ang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifonel – pejuang kanser yang kuat. Polifonel membantu kerosakan badan ang disebabkan oleh radikal bebas. Ia merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor daripada merebak.

  • White Tea Extract

Juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksidaang lebih tinggi berbanding teh hijau.

  • Rooibos Red Tea Extract

Tumbuhan unik yang berasal di Afrika Selatan, kaya dengan sebatian polifonel – antioksidan.



Continue Reading