You are here:Home » Kisah hidupku » Titik bermulanya ...

Titik bermulanya ...

Salam semua, saya membahasakan diri saya ummi kepada 4 orang putera dan seorang puteri saya. Sebenarnya saya ada lagi seorang puteri sulung, tetapi Allah pinjamkan pada saya dan suami hanya 9 tahun sahaja, sudah 7 tahun dia pergi menemui Allah s.w.t. Semoga dia berada dikalangan orang2 yang beriman.

Umur putera sulung saya 12 tahun dan akan mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini. Sebelum ini anak saya sepenuh masa tahfiz Al-Quran di salah satu sekolah tahfiz. Saya bermula mengambil suplemen Shaklee ketika saya dalam pantang putera sulung. Sebelum saya melahirkan dia, dua bulan saya berada di hospital disebabkan masalah tumpah darah @ dikenali sebagai placenta previa

Ketika itu, saya melahirkan putera saya secara pembedahan disebabkan berlakunya pendarahan. Bayangkan betapa BANYAKnya Hilangnya DARAH dan zat yang berada di dalam badan saya. Seorang ustaz mengesyorkan mengambil Shaklee (Set dalam pantang). Dalam masa 2 minggu, Alhamdulilah badan semakin sihat dan bertenaga. Penyusuan anak pun semakin lancar. Syukur Alhamdulilah ibu dan anak kedua2nya semakin ceria dan sihat. Bermula saat ini saya suami dan anak berterusan mengamalkan vitamin Shaklee.


0 comments:

Post a Comment