Ayat 68 surah al-Baqarah

Dalam ayat 68 surah al-Baqarah, Allah telah berfirman yang bermaksud :

Wahai sekalian manusia! Makanlah apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan kerana sesungguhmya syaitan itu adalah musuh yang terang lagi nyata bagi kamu.

Dalam ayat 172 surah al-Baqarah Allah berfirman yang bermaksud :

Wahai orang yang beriman! Makanlah daripada benda yang baik (yang halal) yang telah kami kurniakan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika benar-benar kamu hanya beribadat kepadaNya.

Kedua-dua ayat ini adalah di antara ayat-ayat yang menyentuh mengenai makanan. Makanan yang baik dan halal akan dapat membantu malah mungkin boleh menjamin kesihatan tubuh badan. Jadi, saya selaku pengedar sah Shaklee telah mengambil peluang ini untuk bersama-sama berkongsi dengan masyarakat tentang produk daripada Shaklee yang sememangnya baik untuk kesihatan.


Continue Reading

Shaklee








Inilah set dalam pantang yang disyorkan oleh ustaz ketika saya di hospital. Set ini terdiri daripada :
Continue Reading

Titik bermulanya ...

Salam semua, saya membahasakan diri saya ummi kepada 4 orang putera dan seorang puteri saya. Sebenarnya saya ada lagi seorang puteri sulung, tetapi Allah pinjamkan pada saya dan suami hanya 9 tahun sahaja, sudah 7 tahun dia pergi menemui Allah s.w.t. Semoga dia berada dikalangan orang2 yang beriman.

Umur putera sulung saya 12 tahun dan akan mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini. Sebelum ini anak saya sepenuh masa tahfiz Al-Quran di salah satu sekolah tahfiz. Saya bermula mengambil suplemen Shaklee ketika saya dalam pantang putera sulung. Sebelum saya melahirkan dia, dua bulan saya berada di hospital disebabkan masalah tumpah darah @ dikenali sebagai placenta previa

Ketika itu, saya melahirkan putera saya secara pembedahan disebabkan berlakunya pendarahan. Bayangkan betapa BANYAKnya Hilangnya DARAH dan zat yang berada di dalam badan saya. Seorang ustaz mengesyorkan mengambil Shaklee (Set dalam pantang). Dalam masa 2 minggu, Alhamdulilah badan semakin sihat dan bertenaga. Penyusuan anak pun semakin lancar. Syukur Alhamdulilah ibu dan anak kedua2nya semakin ceria dan sihat. Bermula saat ini saya suami dan anak berterusan mengamalkan vitamin Shaklee.


Continue Reading

Anak



Anak adalah anugerah Ilahi kepada kedua ibubapa.
Anak-anak merupakan amanah, rahmat, penyejuk mata hati,
penyambung cita-cita, sumber kebahagian, penguji kesabaran
dan penguat keimanan.

Manakala anak yang soleh dan solehah bagi kedua ibubapanya
merupakan harta yang amat berharga dan aset akhirat yang
amat bermanfaat
.






Continue Reading