Sistem Penghadaman.



Alhamdulillah baru berkesempatan untuk update blog ini. Banyak urusan diluar yang menyukarkan saya untuk update blog ini secara berkala. Insha Allah saya cuba. :D

Perkongsian hari ini mengenai Sistem Penghadaman. Setiap badan manusia mempunyai Sistem Penghadaman.. Begitu hebat Ciptaan Allah s.w.t yang menjadikan manusia sebaik-baik kejadian.

Sebelum ini saya mempunyai seorang pekerja yang mempunyai masalah untuk membuang air besar. Dan dia ada mengadu pada saya. Dan saya pun mengesyorkan untuk memngambil Herbalax shaklee bagi memudahkan untuk membuang air besar. Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t pekerja saya senang untuk membuang air besar. Sekarang ini dia mengambil Set Shaklee Digestive Health.

Set Shaklee Digestive Health dapat meningkatkan kesihatan sistem penghadaman untuk kekal sihat.

Kebaikan :
  • Melegakan sembelit *
  • Meningkatkan kesihatan sistem penghaadaman*
  • Menyokong kesihatan Usus*
  • Membantu menyahtoksin badan*
  • Membantu mengurangkan berat badan*
  • Melegakan perut yang tidak selesa.*
*produk ini tidak bertujuan untk mendiagnosis, merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Continue Reading

Rutin Harian Anakku sebelum mengambil UPSR

Rutin Sabran Jamil Untuk Bulan Ramadan sebelum menjelangnya UPSR

4.30pg: Mandi , Pakai Baju Sekolah & Solat Sunat 2 rakaat.

Umi bancuh 2 sudu protein + 1 sudu performance bersama 1 biji omega, 3 biji Lecithin, 1 biji B-complex & 1 biji Vite lea.

"Terima kasih umi kerana faham saya penat dan stress nak exam , umi bantu dengan makanan yang berkhasiat."
4.45pg: Latih tubi matapelajaran Sains kertas 2.

5.30pg: Sahur & Rehat.

5.50pg: Solat Subuh di Surau bersama abi dan adik.

6.15pg: Baca al-Quran.

7.00pg: pergi ke sekolah.

Malam sebelum tidur jam 9.30mlm ,umi akan menyuruh saya menyiapkan 1 set paper 1 English. Dan Umi bancuh 2 sudu protein + 1 sudu performance bersama 1 biji omega, 3 bijiLecithin,1 biji B-complex & 1 biji Vite lea supaya saya mendapat kesegaran ketika bangun tidur.

Set Minda




Kebaikan:
  • Membantu melegakan tekanan.*
  • Membantu mengurangkan kemurungan dan memperbaiki emosi.*
  • Berasa lebih bertenaga.*
  • Menggalakkan tidur yang sempurna.*
  • Meningkatkan daya ingatan dan keupayaan pembelajaran.*

*Produk ini tidak brtujuan untuk mendiagnosis, merawat,menyembuh@ mencegah sebarang jenis penyakit.





















Continue Reading

Ayat 68 surah al-Baqarah

Dalam ayat 68 surah al-Baqarah, Allah telah berfirman yang bermaksud :

Wahai sekalian manusia! Makanlah apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan kerana sesungguhmya syaitan itu adalah musuh yang terang lagi nyata bagi kamu.

Dalam ayat 172 surah al-Baqarah Allah berfirman yang bermaksud :

Wahai orang yang beriman! Makanlah daripada benda yang baik (yang halal) yang telah kami kurniakan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika benar-benar kamu hanya beribadat kepadaNya.

Kedua-dua ayat ini adalah di antara ayat-ayat yang menyentuh mengenai makanan. Makanan yang baik dan halal akan dapat membantu malah mungkin boleh menjamin kesihatan tubuh badan. Jadi, saya selaku pengedar sah Shaklee telah mengambil peluang ini untuk bersama-sama berkongsi dengan masyarakat tentang produk daripada Shaklee yang sememangnya baik untuk kesihatan.


Continue Reading

Shaklee








Inilah set dalam pantang yang disyorkan oleh ustaz ketika saya di hospital. Set ini terdiri daripada :
Continue Reading

Titik bermulanya ...

Salam semua, saya membahasakan diri saya ummi kepada 4 orang putera dan seorang puteri saya. Sebenarnya saya ada lagi seorang puteri sulung, tetapi Allah pinjamkan pada saya dan suami hanya 9 tahun sahaja, sudah 7 tahun dia pergi menemui Allah s.w.t. Semoga dia berada dikalangan orang2 yang beriman.

Umur putera sulung saya 12 tahun dan akan mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini. Sebelum ini anak saya sepenuh masa tahfiz Al-Quran di salah satu sekolah tahfiz. Saya bermula mengambil suplemen Shaklee ketika saya dalam pantang putera sulung. Sebelum saya melahirkan dia, dua bulan saya berada di hospital disebabkan masalah tumpah darah @ dikenali sebagai placenta previa

Ketika itu, saya melahirkan putera saya secara pembedahan disebabkan berlakunya pendarahan. Bayangkan betapa BANYAKnya Hilangnya DARAH dan zat yang berada di dalam badan saya. Seorang ustaz mengesyorkan mengambil Shaklee (Set dalam pantang). Dalam masa 2 minggu, Alhamdulilah badan semakin sihat dan bertenaga. Penyusuan anak pun semakin lancar. Syukur Alhamdulilah ibu dan anak kedua2nya semakin ceria dan sihat. Bermula saat ini saya suami dan anak berterusan mengamalkan vitamin Shaklee.


Continue Reading

Anak



Anak adalah anugerah Ilahi kepada kedua ibubapa.
Anak-anak merupakan amanah, rahmat, penyejuk mata hati,
penyambung cita-cita, sumber kebahagian, penguji kesabaran
dan penguat keimanan.

Manakala anak yang soleh dan solehah bagi kedua ibubapanya
merupakan harta yang amat berharga dan aset akhirat yang
amat bermanfaat
.






Continue Reading